fairytales begin!

pengikut setia

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul everyone :)


bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

Ahad 05 02 2012
bersamaan
13 Rabbi' 1 1433 H

Salam Maulidur Rasul
Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi MUHAMMAD SAW

the Greatest Man in the History
the Pride of the Human Kind

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan 
janggutnya, lalu berkata :

" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, 

mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka 

tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai 

sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.

 MEREKALAH UMMATKU! 

UMMATI! 

UMMATI! 

UMMATI!"


Allahumma soli'ala saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'

#Sesungguhnya aku merindui mu Ya Rasulullah. :') 

Saturday, January 28, 2012

kerana aku seorang Manusia.

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama aku tak menaip. Bila dah lama tak menaip, mula la rasa janggal nak keluarkan idea. Bila dah janggal nak keluarkan apa yang ada dalam otak ni, mula la, taip sepatah, delete yang dah berpatah patah. Hmm.

Alhamdulillah. Syukur, aku masih mampu bernafas untuk hari ni. Kalian juga.

Jadikan Hari ini hari yang lebih baik dari semalam. Dan Esok bakal menjadi lebih baik daripada hari ni.

Seburuk mana perangai kita, ada yang lagi buruk
Sebaik mana pun perangai kita, akan ada yang lagi baik

Sedangkan

Dan pada hakikatnya, kita takkan pernah sempurna.

Kerana, cuba menjadi yang sempurna itu sifat manusia. Cuba perbaiki apa yang kurang itu juga sifat manusia. Manusia ada khilaf nya.

You know what, kalau kita bertaubat, kita bersungguh sungguh berjanji takkan ulangi lagi dah dosa yang kita pernah buat dulu, seburuk teruk jahat mana pun kita di masa lampau, Allah takkan  pandang masa lampau itu lagi dah. It doesn’t matter anymore. Because the present will create a better future, inshaAllah, if kita hidup berlandaskan jalan yang betul.


#alhamdulillah sekali lagi. Terbukanya pintu hati seorang insan yang bergelar sahabat untuk kembali bersama menyempurnakan diri sebagai seorang hamba Dia yang maha Esa.


ya Allah, yang terbaik hanya dariMU.

Sunday, January 15, 2012

FUTSAL & FAMILY DAY

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

khamis jumaat sabtu 
karnival futsal + Family day Faculty
organizer: Part 2 ASCAPS DPA

#tengah cari masa sesuai nak berkarya, buat masa ni tatap dulu lah yea gambar yang ada. 






to be continued :)))


Friday, December 30, 2011

Dendam penyakit Hati

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum WBT

jumaat 3.39 am
30 12 11

this is WHAT YOUR NAME SAYS ABOUT YOU. 
application ni apa lagi. dapat dalam fesbukk la.
let's try it buddy =..='


tak nampak?
nah
nampak?
*ur welcome kawan. my pleasure lah. 
*bajet orang cakap thank youu* pfttt

nah. this is me. the real me. 
baca sekali. huhh, macam menipu je
baca dua kali. hailohh macam kena la pulak
baca tiga kali. sah. ni diri aku
tau sebab apa

sebab
aku jarang luahkan apa yang aku rasa dekat orang
aku jarang cerita apa yang aku rasa dekat kawan kawan
aku jarang buat semua tu
aku lebih selesa simpan sorang sorang
aku lebih rela telan pahit sendiri 
daripada tengok orang lain kena telan rasa pahit tu sebab aku
aku tak nak orang lain susah sebab aku
then
its better for me to keep it by myself

kawan. please
jangan bawa aku sampai satu tahap
tahap yang aku sendiri tak boleh nak tahan 
tau kenapa?

bila aku dah tak boleh nak tahan
air mata akan mengalir dengan mudahnya
dan
aku tak nak airmata aku mengalir tanpa aku sedar
aku tak nak
sebab sekali air mata aku keluar tanpa aku sedar
itu maknanya kau dah berjaya jadikan aku seorang yang pendendam
aku tak nak jadi pendendam
so please

prinsip aku senang. 
selagi aku boleh tahan sorang sorang, aku tahan.
selagi aku boleh terima, aku terima.
tapi sekali
aku dah tak mampu nak tahan, orang tu akan menyesal.

p/s: jangan jadikan aku seorang yang pendendam. capital SNNS. 


# farah selalu cakap, "luahkan, hati awak sakit nanti." 

Penangan Si Durjana, LIPAS

bismillahirrahmanirrahim.


assalamualaikum wbt
kehadapan siapa siapa je yang bakal datang dalam hidup aku
korang kena tahu satu perkara
aku seorang yang takut akan LIPAS

yes. semalam hari ini esok lusa tulat selamanyaaaaaa

kenapa aku fobia dengan binatang durjana ni?


nak dijadikan cerita , suatu hari , diadakan acara wajib bagi keluarga aku, bila semua dah ada kat rumah, kita akan makan malam sama sama. dan malam tu jugaklah bermula peristiwa hitam yang takkan pernah luput dalam ingatan aku ni haa, walaupun ingatan aku dah tak berapa nak berfungsi sangat dah. terpahat , tersemat dalam hati. *see, betapa pentingnya binatang ni dalam hidup aku. =..='

bermula cerita masa aku tengah syok pegang pinggan yang berisi penuh nasi basmathi faiza dan berusaha nak mencedok lauk feveret tetapi dengan tetibanya ada seekor makhluk baik punya mendarat kat bahu aku. okay fine. mungkin lalat. tapi jadah apanya lalat bunyi macam helikopter tepi telinga. okay fine. mungkin rama rama. tapi apa kes rama rama mendarat macam brek kecemasan dah cemas tahap kritikal. okay fine. mungkin binatang seangkatan dengannya.

fine! aku tak sedap hati.

aku pun slow slow toleh kiri, pehh, lipasssss. buruk gila. kaki dia badan dia mata dia. kau tengok aku, aku tengok kau. kira bertentang mata la ni. apa lagi. menjerit satu rumah depan rezeki , mak ayah tengok tercengang, adik adik terlopong, kalau lalat masuk boleh keluar balik. pinggan kat tangan aku tadi aku lepas macam tu je bajet beli guna duit sendiri. berderai jatuh atas lantai aku biar. lari masuk bilik , menangis bagai nak rak. sehari tak sentuh nasi. lapar jangan nak cakap la, pergi dapur pun terhendap hendap takut kena serangan balas si binatang durjana. 

bermula dari saat tu lah, hidup aku tunggang langgang kalau jumpa dengan binatang ni. 
bermula saat tu lah, aku mengingatkan kawan kawan aku,jangan guna binatang durjana tu untuk kenakan aku. aku boleh pengsan. serius. 

aku bukan geli, aku takut. 

okay. nak upload gambar ni pun pikir 40 kali 


p/s: adik adik aku mula histeria macam aku setiap kali jumpa sang LIPAS. Korang fobia dengan apa?
#ehem ehem, budak gayat apa cerita?


p/s/s: haa! blogger SI LIPAS , jangan risau . aku tak pernah fobia dengan blog kau. :)




Tuesday, December 20, 2011

Mau Bikin Apa Cuti Ni.

assalamualaikum semua :)

kurang lagi 3 hari, dah cuti midterm. yeay yeayy. dah tak sabar nak balik. 
*wuhh, sumpah rindu gila kat budak budak kat rumah tuu. 

tapi kan tapi kan

my lect semacam jeles dengan studentstudent nya
mau tak jeles, sorang sorang bagi kerja macam kita ni cuti 3 bulan.
what the neraka it is? =.='

PAD310- Teachers Day 2011
PAD252-Log Report
ENT300-Assignment Operational Plan
LAW309-Assignment 

sorry to say lah kawan kawan yang kat rumah tu
tak berapa nak boleh hang out sangat lah kan bila kerja dah bertimbun macam ni

p/s: buntu buntu



until Jannah, INSYAALLAH.


i've been proposed and i'm engaged.

p/s: siapa siapa yang nak masuk meminang? =.='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...